Saturday, March 28, 2015

Jana Pendapatan melalui Perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. 

Walaupun keputusan untuk berhenti dari kerja satu keputusan yang agak rumit untuk dibuat namun demi kebahagian keluarga dan juga anak-anak,  ku gagahi jua. Soalan pertama selepas berhenti kerja ialah apakah kerja separuh masa yang boleh aku buat.

Dalam benak fikiranku tiada lain selain meneruskan perniagaan online. Ini antara cara yang boleh aku lakukan untuk menambah pendapatan dan dalam masa yang sama memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga tercinta.

Perniagaan online membuatkanku semakin rancak berniaga terutamanya mempromosikan produk MLM dari syarikat HAI -O yang telah terbukti keberkesanannya setelah aku sendiri menjadi testimoni. Ini membuatkan aku semakin yakin untuk berkongsi manfaatnye dengan orang ramai. Penglibatan aku dalam kumpulan ini banyak mengubah cara pemikiranku ke arah yang lebih positif setelah menyertai kursus-kursus yang mampu membawa minda ke arah yang positif.

Antara kursusnya seperti MINDA MAGNET REZEKI (MMR), MARKETING KNOWLEDGE dan pelbagai serta menjadikan medium FACEBOOK  sebagai platform untuk memperkenalkan produk dan berniaga. Harga bagi kursus-kursus yang disediakan juga sangat berpatutan dan ianya setaraf dengan kursus dari pakar motivasi dan keusahawanan.

Tidak cukup dengan perniagaan online yang aku lakukan. Aku juga cuba melibatkan diri dalam projek pertanian: projek cili secara perkongsian bersama rakan. Zahirnya aku memang tidak pandai berkebun malah tidak ada sedikit pun pengetahuan tentang itu. Tapi tunjuk ajar dari rakan kongsi membuatkan aku bersemangat berbakti kepada tanah. Alhamdulillah,  hasilnya juga dapat dibanggkan.

Walau bagaimanapun, setiap waktu yang berputar akan aku manfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah selain menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Di waktu senggang, aku akan menulis. Pelbagai jenis penulisan. Ketika ini,  aku cuba berjinak untuk menulis skrip setelah berjaya menamatkan kursus penulisan skrip anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka da Jabatan Sumber Manusia (HRDF).

InsyaAllah di lain entri, aku akan cuba berkongsi kisah-kisah penulisanku sebagai bacaan dan hiburan kepada semua.




Sunday, March 8, 2015

Pengenalan Diri

Teks: Siti Norliah Hamzah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulilah dapat jua akhirnya saya menyertai kelas ABDR ini. Terima kasih Anys Idayu Zakaria a.k.a Cikgu online blog kerana sudi memberi peluang kepada saya mempelajari ilmu yang sangat bermanfaat ni.

Pertama sekali, ingin saya memperkenalkan diri. Nama sebenar Siti Norliah Binti Hamzah. Dilahirkan pada 29 Disember 1984, di johor bahru. Merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tunggal, Melaka dan kemudian berpindah ke Sekolah Rendah Sg. Tiram, Johor. Seterusnya, peringkat Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor.

Kemudian saya telah mendapat tawaran menyambung pelajaran keperingkat menengah atas iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SAB), Johor. Setelah mendapat keputusan yang baik dalam STPM, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Ekonomi dan telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian pada tahun 2008.

Setelah memperolehi Ijazah, saya telah bekerja sebagai pegawai penggajian di salah sebuah syarikat swasta di johor bahru. Selepas setahun memasuki alam pekerjaan, saya mendapat peluang bekerja dalam bidang pendidikan. Walaupun, bidang perguruan bukan bidang yang setaraf dengan kelulusan saya tapi kerana minat dan juga ingin mencontohi arwah ayah yang merupakan seorang bekas guru, saya menerima tawaran kerja ini dengan penuh rasa teruja. Walaupun ketika itu jawatan saya hanya sebagai guru sandaran tidak terlatih.

Selepas dua tahun,  saya telah dijodohkan dengan Mohamad Bin Ummer iaitu sepupu sendiri dari keluarga sebelah arwah ayah. Walaupun, kami sedara tapi kami tidak pernah bersua muka sehinggalah pertemuan yang dirancang oleh keluarga untuk menemukan kami. Memang jodoh kami, setelah 3 bulan mengenali, kami bertunang dan seterusnya berkahwin pada 15 Mac.

Selepas 8 bulan berkahwin, saya telah disahkan mengandung. Di awal kandungan, sama seperti wanita lain saya mengalami alahan tapi keadaan kesihatan saya semakin teruk setelah saya mengalami pendarahan yang memerlukan saya berhenti dari bekerja. Dalam masa yang sama saya mendapat tawaran untuk diserap masuk sebagai guru tetap. Rasa sedih bukan kepalangan namun saya redha walaupun saya minat pekerjaan itu. Ketika itu, kandungan saya adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian.

Selepas setahun melahirkan anak yang pertama, saya teringin kembali bekerja dan suami mengizinkan. Pada awalnya, saya mengajar di pusat tuisyen dan kemudian mendapat tawaran bekerja di syarikat swasta. Bermula di jabatan sumber manusia dan kemudian di pindahkan ke bahagian khidmat pelanggan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan koodinator yang bertanggungjawab mengendalikan pelanggan dari luar negara.
Selepas hampir 4 tahun berkhidmat, saya terpaksa akur sekali lagi, setelah saya di sahkan mengandung dan mengalami situasi yang sama seperti sebelum ini. Sebelum berhenti dari kerja, pelbagai sumber pendapatan sampingan saya cuba seperti agen dropship, MLM dan menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan melakukan perkongsian dengan rakan-rakan. Persediaan ini perlu saya ambil untuk membantu suami menambah pendapatan isi rumah.

Setelah melahirkan anak yang ke-2, saya mengambil peluang untuk menyertai ABDR dengan niat agar segala pengalaman dan ilmu yang saya ada dapat saya kongsi bersama dengan yang lain.