Sunday, May 24, 2015

Perbezaan Pendapatan Aktif dan Pasif

Teks: siti norliah binti hamzah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Di entri kali ini, ingin saya berkongsi sedikit pendapat antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Kita sedia maklum, kebanyakkan daripada kita mempunyai pendapatan aktif dari sumber pekerja masing-masing. Tetapi masih lagi tidak ramai yang memiliki pendapatan pasif.

Apakah perbezaan antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif ?. Pendapatan aktif adalah pendapatan yang kita perolehi apabila kita  bekerja, manakala pendapatan pasif pula pendapatan yang kita perolehi walaupun kita sudah tidak bekerja. Contohnya, royalti, duit sewa rumah, komisen dari pendapatan MLM dan lain-lain lagi.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan banyak persaingan sekarang, saya rasa kebergantungan kepada hanya pendapatan aktif semata-mata sangat berisiko. Cuba bayangkan, apa akan jadi sekiranya anda dibuang kerja atau syarikat kita bankrap. Keadaan ini menyebabkan pendapatan aktif kita akan terputus.

Sekali pun, mugkin syarikat kita kukuh dan tidak akan bankrap. Adakah pendapatan aktif kita cukup untuk keperluan bulanan sara hidup termasuk membuat pelaburan dan sebagainya? .

Jadi,  fikir-fikirkanlah supaya kita sentiasa bersedia agar pendapatan kita tetap berterusan Sekalipun,  kita tidak aktif dalam bidang pekerjaan. 

Jawapan yang paling mudah ialah sertai kami sebagai pengerak projek mega Affiliate Junction iaitu MYKAD SMART SHOPPER yang telah mendapat perhatian daripada negara luar dan telah dijadikan contoh serta di gunapakai di negara India. Kami bukan perniagaan MLM.

Berminat kepada sumber pendapatan pasif ini boleh hubugi saya;

0177442303 liya

#Sayapenggerakprojekmega
#AffiliateJunction
#MSSP



Saturday, May 23, 2015

Negara luar mempromosikan Affiliate Marketing

Teks: siti norliah binti hamzah
Foto : koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Maklumat terkini tentang bisnes Affiliate Junction yang semakin mendapat perhatian negara-negara luar. Tahniah juga kepada Affiliate Junction kerana telah menjadi perhatian rakyat Malaysia.


Hari ini 23 Mei 2015, Majalah SME One Indian pun telah mempromosikan Industri Affiliate Marketing.

Banyak maklumat yang menarik boleh di perolehi. Antaranya, Apa Itu Affiliate Marketing, Affiliate Offline dan Online, Antara Fungsi Mykad, Mykad Sebagai Loyalty Card dengan Program MyKad Smart Shopper dan Apa Itu Projek Affiliate Junction (AJ).

Dan hari ni Industri Affiliate Marketing telah menjadi perhatian pelbagai pihak. Semoga Projek AFFILIATE JUNCTION menjadi satu keperluan hidup seluruh warganegara Malaysia.

Tuesday, May 19, 2015

Jana Pendapatan dengan Program Affiliate Junction

Teks: siti norliah
Foto: Google

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi maklumat di blog ini.

Sebagai suri rumah kita sentiasa ingin yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak kita. Begitu juga dengan saya, pelbagai peluang perniagaan yang bersesuaian dengan masa sebagai suri rumah telah saya cuba.

Pelbagai peluang ada di hadapan kita, hanya kita sahaja yang perlu membuat pilihan yang bijak agar tindakan kita itu tidak memberi kesan negatif pada keluarga. Walaupun niat kita pada awalnya ingin membantu suami menambah pendapatan isi rumah.

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit maklumat atau pun mungkin boleh di panggil peluang untuk menambah pendapatan secara berterusan dan di jamin 100%.



Affiliate Junction (AJ) merupakan trend perniagaan baru dalam industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar dan ianya  bukan perniagaan MLM.



AJ menjalankan program yang dipanggil Mykad Smart Shopper (MSSP). Program ini memberi satu kelebihan kepada lebih kurang 32 juta rakyat Malaysia, dimana setiap orang yang berbelanja dimana-mana kedai terpilih akan menikmati diskaun yang hebat bergantung kepada berapa jumlah diskaun yang ditetapkan oleh kedai tersebut dengan menggunakan Mykad (IC).

Pengguna hanya perlu mendaftar dan mengaktifkan Mykad melalui Affiliate Agency Mykad yang terpilih untuk menikmati diskaun tersebut.

Oleh itu, pihak AJ memerlukan lebih ramai lagi authorised dealer yang mana tugasnya menjalankan promosi secara offline atau online, mengaktifkan Mykad pengguna dan mencari kedai yang berminat untuk menyertai program ini.

Program ini sah disisi undang-undang malah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara serta Multimedia Development Corporation (MDec).

Sekiranya ada yang berminat untuk ketahui lebih lanjut boleh hubungi (pm/whatsapp) saya 0177442303. 


Tuesday, May 5, 2015

Hebatnya Wanita yang bergelar Suri Rumah

Teks: Siti Norliah
Foto: koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat jua menyambung penulisan di blog ini. Pelbagai cabaran untuk menjadi suri rumah yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk memegang gelaran ini. Walaupun, zahirnya nampak seperti mudah dan senang, namun kekuatan fizikal dan mental sangat diperlukan.

Dulu ketika masih lagi bekerja, hati sentiasa teringin untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam hati sering berkata, alangkah seronoknya dapat menguruskan rumahtangga sepenuhnya dan menjaga anak tanpa perlu dihantar kepada pengasuh.

Dan sekarang bila gelaran itu telah aku miliki, memang tidak semudah seperti yang disangka. Putaran waktu sering mencemburui. Setiap saat, setiap minit dan jam sentiasa dipenuhi dengan kerja-kerja wajib yang mempunyai dateline on the spot.

Subhanallah,  begitu hebat wanita-wanita yang bergelar surirumah. Sekarang bila aku dapat memegang gelaran itu, Ya Allah betapa aku berterima kasih padaMu kerana diberi peluang merasainya.

Menjadi surirumah juga memerlukan jadual masa agar segala pekerjaan yang ingin dibuat itu teratur dan siap dengan kadar segera, ditambah pula ingin melayan karenah anak kecil yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Segala ilmu yang pernah kita tuntut di Universiti dulu, tidak semestinya terkubur begitu sahaja malah ianya sangat beguna dalam mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.

Bila telah bergelar surirumah, aku juga menjadi guru kepada anak-anakku. Aku tidak mengharap 100% pengajaran dan pembelajaran daripada guru di sekolah. Setiap pelajaran anakku akan ku pantau dan pastikan setiap subjek dapat anakku kuasai.

Alhamdulillah, anak pertama ku Nur Qhaleesya Qaisara mampu membaca buku seawal umur 4 tahun. Begitu juga dengan iqra dan ayat hafazan. Sekarang ini, dia berusaha untuk menghafal ayat kursi. Teknik yang mudah sering aku terapkan dalam menguatkan daya ingatan anakku.

Setiap kali menghantarnya ke sekolah, aku mewajibkannya membaca ayat kursi bersama-samaku sebelum bermula pemanduan. Lama kelamaan, dia semakin hafal. Begitu juga dengan ayat-ayat lazim dan bacaan dalam solat. Aku jadikan bacaan ayat-ayat tersebut seperti berzikir, sentiasa disebut walaupun dia sedang bermain.

Alhamdulillah,  anakku sara memang anugerah tidak ternilai. Begitu terang hatinya dalam menimba ilmu. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat serta menjadi kaya agar dapat sentiasa dekat kepadaNya.






Amanah daripada-NYA

Teks: Siti Norliah
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di hening subuh. Walaupun badan rasa terlalu letih dan kepenatan namun kerana-Mu Ya Allah, aku gagahi untuk jalaninya.

2 Mei, genap 7 bulan anakku Firash. Pelbagai ragam kamu yang membuatkan ummi semakin sabar dan matang dalam membesarkan kamu agar ummi dapat menjalankan tanggungjawab ummi dalam menjaga amanah dari Allah.

Sejak lahir hingga ke hari ini, kamu sering tidak selesa bila tidur di waktu malam. Ummi sendiri tidak tahu akan puncanya. Segala petua dan bacaan ayat al Quran telah ummi amalkan tapi tetap sama.

Setiap 1-2jam tidur pasti kamu akan bangun. Seolah-olah tidak memberi peluang untuk ummi merehatkan keletihan. Walau bagaimanapun, ummi tidak merasa susah dalam membesarkan kamu. Wal hal, kamu adalah anugerah dan juga rezeki yang tidak ternilai dari-Nya. Terima kasih Ya Allah.







Monday, April 20, 2015

Bulan Rejab

Teks: siti norliah hamzah
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, bulan Rejab sudah pun tiba. Adakah kita sudah bersedia untuk menabur benih keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya. Moga kita sempat manfaatkan setiap peluang dan masa yang kita perolehi untuk sentiasa dekat kepada-Nya.

Moga bulan Rejab ini dapat kita menyucikan badan dan bertaubat kepadanya dan bila bulan Sya'aaban menjelang, dapat kita menyiram setiap apa yang kita telah benihkan agar ianya dapat menyucikan hati. 

Bila ketika datangnya bulan Ramadhan, dapat kita menuainya serta menyucikan rohnya dan dilimpahi dengan pahala amalan.

Marilah kita sama-sama muasabah diri agar sentiasa dekat kepada-Nya selagi ada peluang dan kesempatan.


Sunday, April 12, 2015

Resepi Puri Si Comel

Teks: Siti norliah hamzah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, entri pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit ilmu tentang penyediaan makanan si comel dan beberapa resepi mudah serta menjimatkan masa.

Untuk pengetahuan, makanan pertama si comel mestilah dalam bentuk cecair supaya dia mudah menelannya. Untuk menyediakan puri ini, kita boleh memilih sama ada ingin merebus ataupun mengukus sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipilih. Saya juga lebih suka menambahkan sedikit susu samaada susu ibu atau susu formula ke dalam puri untuk memberikan sedikit kelainan rasa pada makanan si comel. 

Puri Nasi;
Tempoh penyediaan : 30min

1. Ambil segenggam beras dan masukkan ke dalam periuk
2. Kemudian cuci sehingga bersih
3. Masukkan air bersih ke dalam periuk (sukatan air mengikut keperluan untuk membuat bubur)
4. Biarkan mendidih sehingga nasi kembang
5. Untuk memdapatkan tekstur bubur yang halus,  kisarkan bubur nasi yang telah disejukkan menggunakan alat pengisar

**bubur nasi adalah makanan yang paling ideal untuk bayi. Bubur nasi juga boleh dijadikan bahan asas untuk dihidangkan bersama puri sayur-sayuran atau buah-buahan.

Puri Pir
Tempoh penyediaan: 10 min

1. Ambil sepotong buah pir. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti bentuk dadu.
2.kemudian, rebuskan bersama sedikit air
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut
4. Selepas itu, ambil pir yang telah direbus dan kisar sehingga halus.


Puri lobak merah
Tempoh penyediaan : 20min

1. Ambli sebatang lobak merah bersaiz kecil, buang kulit dan cuci bersih
2. Potong lobak menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar lobak merah teraebut sehingga halus.
4. Jika perlu,anda bolehlah menambah sedikit air masak semasa mengisar.

Puri keledek
Tempoh penyediaan : 20min

1. Ambil sebiji ubi keledek brsaiz kecil,  buangkan kulit dan cuci bersih.
2. Potong keledek menjadi dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar keledek tersebut sehingga halus.
4. Jika perlu, tambahkan sedikit air masak semasa mengisar.

** ubi keledek mengandungi pelbagai jenis khasiat dan salah satu daripadanya ialah sebagai bahan pencegah barah.

Puri Brokoli
Tempoh penyediaan : 10min

1. Ambil 5 kuntum kecil brokoli dan bersihkan
2. Kemudian rebus ataupun kukus brokoli itu sehingga lembut.
3. Setelah lembut, kisar sehingga hancur.

**Brokoli dikatakan sebagai sayuran yang paling kaya dengan zat antioksidan.

Puri Kentang
Tempoh penyediaan : 20min

1. Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana, buang kulit dan cuci bersih.
2. Potong menjadi dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar kentang tersebut sehingga halus.
4. Tambahkan sedikit air masak semasa mengisar untuk memudahkan proses mengisar.

** Ubi kentang mengandungi 2x ganda lebih kandungan potassium berbanding pisang.

Puri Bayam
Tempoh penyediaan : 10min

1. Ambil beberapa tangkai daun bayam, cuci bersih dan potong kecil.
2. Kemudian rebus sayur tersebut sehingga lembut.
3. Setelah lembut, kisar bayam sehingga halus.

** Sayur bayam kaya dengan sumber lutein dan bolate yang berfungsi untuk mencegah penyakit jantung.

Puri Epal
Tempoh penyediaan : 10min

1. Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit da cincang seoerti bentuk dadu.
2. Kemudian rebuskan bersama sedikit air.
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
4. Selepas itu,  ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.

** Buah epal dipercayai mampu menguatkan organ hati.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang baru bergelar ibu dalam menyediakan makanan untuk si comel.




Wednesday, April 8, 2015

Makanan Pertama Si Manja

Teks: siti norliah hamzah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti harian, namun anak-anak adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Dalam tidak sedar anak ummi Muhammad Firash Abrisham Bin Mohamad telah genap 6 bulan.

Sudah tiba masanya untuk memikirkan pemakanan yang sihat untuk si manja ini. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa ingin yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak. Moga mereka dapat menjalani kehidupan mereka akan datang dengan lebih sempurna.

Pemakanan yang seimbang perlu untuk memenuhi keperluan fizikal dan mental anak yang semakin membesar. Namun, makanan tersebut mestilah makanan yang sesuai dengan usia.

Pelbagai sumber perlu ummi telaah untuk menjamin setiap hidangan si manja cukup khasiat. Sebelum itu, persediaan untuk menyediakan makanan juga perlu dititikberatkan. Ianya mestilah sentiasa berkeaadaan bersih demi kesihatan si manja.

Secara umumnya, bukan semua bayi dapat menerima perubahan dalam makanan mereka dengan mudah. Oleh itu, sebagai ibu kita perlu lakukannya secara perlahan-lahan supaya bayi akan rasa seronok bila tiba waktu makan.

Pada peringkat permulaan, makanan yang terbaik adalah puri dengan kuantiti yang sedikit. Lama-kelamaan, bila bayi sudah pandai menikmatinya, tambahkanlah kuantiti puri tersebut.

Adalah lebih baik jika kita dapat menyediakan sendiri puri untuk bayi kita berbanding dengan membelinya di pasaran. Ini kerana, setiap khasiat, kesegaran dan kebersihannya lebih terjamin.

Sedikit perkongsian tentang carta pemakanan yang boleh diberikan kepada anak kita.

Carta Menu Harian ( sebulan )

Minggu pertama
Awal pagi - susu
Sarapan - susu
Makan tengahari - bubur nasi dan susu
Minum petang - susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-2
Awal pagi - susu
Sarapan - susu
Makanan tengahari - puri epal/ lobak merah dan susu
Minum petang - susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-3
Awal pagi -susu
Sarapan - puri pisang dan susu
Makan tengahari - susu
Minum petang - puri lobak merah dan susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-4
Awal pagi - susu
Sarapan - puri epal dan susu
Makan tengahari - puri labu dan susu
Minum petang - puri keledek dan susu
Sebelum tidur - susu

Moga di lain entri dapat saya kongsikan cara menyediakannya dan dapat meneruskan perkongsian ilmu.





Saturday, March 28, 2015

Jana Pendapatan melalui Perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. 

Walaupun keputusan untuk berhenti dari kerja satu keputusan yang agak rumit untuk dibuat namun demi kebahagian keluarga dan juga anak-anak,  ku gagahi jua. Soalan pertama selepas berhenti kerja ialah apakah kerja separuh masa yang boleh aku buat.

Dalam benak fikiranku tiada lain selain meneruskan perniagaan online. Ini antara cara yang boleh aku lakukan untuk menambah pendapatan dan dalam masa yang sama memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga tercinta.

Perniagaan online membuatkanku semakin rancak berniaga terutamanya mempromosikan produk MLM dari syarikat HAI -O yang telah terbukti keberkesanannya setelah aku sendiri menjadi testimoni. Ini membuatkan aku semakin yakin untuk berkongsi manfaatnye dengan orang ramai. Penglibatan aku dalam kumpulan ini banyak mengubah cara pemikiranku ke arah yang lebih positif setelah menyertai kursus-kursus yang mampu membawa minda ke arah yang positif.

Antara kursusnya seperti MINDA MAGNET REZEKI (MMR), MARKETING KNOWLEDGE dan pelbagai serta menjadikan medium FACEBOOK  sebagai platform untuk memperkenalkan produk dan berniaga. Harga bagi kursus-kursus yang disediakan juga sangat berpatutan dan ianya setaraf dengan kursus dari pakar motivasi dan keusahawanan.

Tidak cukup dengan perniagaan online yang aku lakukan. Aku juga cuba melibatkan diri dalam projek pertanian: projek cili secara perkongsian bersama rakan. Zahirnya aku memang tidak pandai berkebun malah tidak ada sedikit pun pengetahuan tentang itu. Tapi tunjuk ajar dari rakan kongsi membuatkan aku bersemangat berbakti kepada tanah. Alhamdulillah,  hasilnya juga dapat dibanggkan.

Walau bagaimanapun, setiap waktu yang berputar akan aku manfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah selain menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Di waktu senggang, aku akan menulis. Pelbagai jenis penulisan. Ketika ini,  aku cuba berjinak untuk menulis skrip setelah berjaya menamatkan kursus penulisan skrip anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka da Jabatan Sumber Manusia (HRDF).

InsyaAllah di lain entri, aku akan cuba berkongsi kisah-kisah penulisanku sebagai bacaan dan hiburan kepada semua.




Sunday, March 8, 2015

Pengenalan Diri

Teks: Siti Norliah Hamzah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulilah dapat jua akhirnya saya menyertai kelas ABDR ini. Terima kasih Anys Idayu Zakaria a.k.a Cikgu online blog kerana sudi memberi peluang kepada saya mempelajari ilmu yang sangat bermanfaat ni.

Pertama sekali, ingin saya memperkenalkan diri. Nama sebenar Siti Norliah Binti Hamzah. Dilahirkan pada 29 Disember 1984, di johor bahru. Merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Durian Tunggal, Melaka dan kemudian berpindah ke Sekolah Rendah Sg. Tiram, Johor. Seterusnya, peringkat Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor.

Kemudian saya telah mendapat tawaran menyambung pelajaran keperingkat menengah atas iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SAB), Johor. Setelah mendapat keputusan yang baik dalam STPM, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Ekonomi dan telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian pada tahun 2008.

Setelah memperolehi Ijazah, saya telah bekerja sebagai pegawai penggajian di salah sebuah syarikat swasta di johor bahru. Selepas setahun memasuki alam pekerjaan, saya mendapat peluang bekerja dalam bidang pendidikan. Walaupun, bidang perguruan bukan bidang yang setaraf dengan kelulusan saya tapi kerana minat dan juga ingin mencontohi arwah ayah yang merupakan seorang bekas guru, saya menerima tawaran kerja ini dengan penuh rasa teruja. Walaupun ketika itu jawatan saya hanya sebagai guru sandaran tidak terlatih.

Selepas dua tahun,  saya telah dijodohkan dengan Mohamad Bin Ummer iaitu sepupu sendiri dari keluarga sebelah arwah ayah. Walaupun, kami sedara tapi kami tidak pernah bersua muka sehinggalah pertemuan yang dirancang oleh keluarga untuk menemukan kami. Memang jodoh kami, setelah 3 bulan mengenali, kami bertunang dan seterusnya berkahwin pada 15 Mac.

Selepas 8 bulan berkahwin, saya telah disahkan mengandung. Di awal kandungan, sama seperti wanita lain saya mengalami alahan tapi keadaan kesihatan saya semakin teruk setelah saya mengalami pendarahan yang memerlukan saya berhenti dari bekerja. Dalam masa yang sama saya mendapat tawaran untuk diserap masuk sebagai guru tetap. Rasa sedih bukan kepalangan namun saya redha walaupun saya minat pekerjaan itu. Ketika itu, kandungan saya adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian.

Selepas setahun melahirkan anak yang pertama, saya teringin kembali bekerja dan suami mengizinkan. Pada awalnya, saya mengajar di pusat tuisyen dan kemudian mendapat tawaran bekerja di syarikat swasta. Bermula di jabatan sumber manusia dan kemudian di pindahkan ke bahagian khidmat pelanggan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan koodinator yang bertanggungjawab mengendalikan pelanggan dari luar negara.
Selepas hampir 4 tahun berkhidmat, saya terpaksa akur sekali lagi, setelah saya di sahkan mengandung dan mengalami situasi yang sama seperti sebelum ini. Sebelum berhenti dari kerja, pelbagai sumber pendapatan sampingan saya cuba seperti agen dropship, MLM dan menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan melakukan perkongsian dengan rakan-rakan. Persediaan ini perlu saya ambil untuk membantu suami menambah pendapatan isi rumah.

Setelah melahirkan anak yang ke-2, saya mengambil peluang untuk menyertai ABDR dengan niat agar segala pengalaman dan ilmu yang saya ada dapat saya kongsi bersama dengan yang lain.