Saturday, March 28, 2015

Jana Pendapatan melalui Perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. 

Walaupun keputusan untuk berhenti dari kerja satu keputusan yang agak rumit untuk dibuat namun demi kebahagian keluarga dan juga anak-anak,  ku gagahi jua. Soalan pertama selepas berhenti kerja ialah apakah kerja separuh masa yang boleh aku buat.

Dalam benak fikiranku tiada lain selain meneruskan perniagaan online. Ini antara cara yang boleh aku lakukan untuk menambah pendapatan dan dalam masa yang sama memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga tercinta.

Perniagaan online membuatkanku semakin rancak berniaga terutamanya mempromosikan produk MLM dari syarikat HAI -O yang telah terbukti keberkesanannya setelah aku sendiri menjadi testimoni. Ini membuatkan aku semakin yakin untuk berkongsi manfaatnye dengan orang ramai. Penglibatan aku dalam kumpulan ini banyak mengubah cara pemikiranku ke arah yang lebih positif setelah menyertai kursus-kursus yang mampu membawa minda ke arah yang positif.

Antara kursusnya seperti MINDA MAGNET REZEKI (MMR), MARKETING KNOWLEDGE dan pelbagai serta menjadikan medium FACEBOOK  sebagai platform untuk memperkenalkan produk dan berniaga. Harga bagi kursus-kursus yang disediakan juga sangat berpatutan dan ianya setaraf dengan kursus dari pakar motivasi dan keusahawanan.

Tidak cukup dengan perniagaan online yang aku lakukan. Aku juga cuba melibatkan diri dalam projek pertanian: projek cili secara perkongsian bersama rakan. Zahirnya aku memang tidak pandai berkebun malah tidak ada sedikit pun pengetahuan tentang itu. Tapi tunjuk ajar dari rakan kongsi membuatkan aku bersemangat berbakti kepada tanah. Alhamdulillah,  hasilnya juga dapat dibanggkan.

Walau bagaimanapun, setiap waktu yang berputar akan aku manfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah selain menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Di waktu senggang, aku akan menulis. Pelbagai jenis penulisan. Ketika ini,  aku cuba berjinak untuk menulis skrip setelah berjaya menamatkan kursus penulisan skrip anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka da Jabatan Sumber Manusia (HRDF).

InsyaAllah di lain entri, aku akan cuba berkongsi kisah-kisah penulisanku sebagai bacaan dan hiburan kepada semua.




No comments:

Post a Comment