Monday, April 20, 2015

Bulan Rejab

Teks: siti norliah hamzah
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, bulan Rejab sudah pun tiba. Adakah kita sudah bersedia untuk menabur benih keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya. Moga kita sempat manfaatkan setiap peluang dan masa yang kita perolehi untuk sentiasa dekat kepada-Nya.

Moga bulan Rejab ini dapat kita menyucikan badan dan bertaubat kepadanya dan bila bulan Sya'aaban menjelang, dapat kita menyiram setiap apa yang kita telah benihkan agar ianya dapat menyucikan hati. 

Bila ketika datangnya bulan Ramadhan, dapat kita menuainya serta menyucikan rohnya dan dilimpahi dengan pahala amalan.

Marilah kita sama-sama muasabah diri agar sentiasa dekat kepada-Nya selagi ada peluang dan kesempatan.


Sunday, April 12, 2015

Resepi Puri Si Comel

Teks: Siti norliah hamzah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, entri pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit ilmu tentang penyediaan makanan si comel dan beberapa resepi mudah serta menjimatkan masa.

Untuk pengetahuan, makanan pertama si comel mestilah dalam bentuk cecair supaya dia mudah menelannya. Untuk menyediakan puri ini, kita boleh memilih sama ada ingin merebus ataupun mengukus sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipilih. Saya juga lebih suka menambahkan sedikit susu samaada susu ibu atau susu formula ke dalam puri untuk memberikan sedikit kelainan rasa pada makanan si comel. 

Puri Nasi;
Tempoh penyediaan : 30min

1. Ambil segenggam beras dan masukkan ke dalam periuk
2. Kemudian cuci sehingga bersih
3. Masukkan air bersih ke dalam periuk (sukatan air mengikut keperluan untuk membuat bubur)
4. Biarkan mendidih sehingga nasi kembang
5. Untuk memdapatkan tekstur bubur yang halus,  kisarkan bubur nasi yang telah disejukkan menggunakan alat pengisar

**bubur nasi adalah makanan yang paling ideal untuk bayi. Bubur nasi juga boleh dijadikan bahan asas untuk dihidangkan bersama puri sayur-sayuran atau buah-buahan.

Puri Pir
Tempoh penyediaan: 10 min

1. Ambil sepotong buah pir. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti bentuk dadu.
2.kemudian, rebuskan bersama sedikit air
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut
4. Selepas itu, ambil pir yang telah direbus dan kisar sehingga halus.


Puri lobak merah
Tempoh penyediaan : 20min

1. Ambli sebatang lobak merah bersaiz kecil, buang kulit dan cuci bersih
2. Potong lobak menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar lobak merah teraebut sehingga halus.
4. Jika perlu,anda bolehlah menambah sedikit air masak semasa mengisar.

Puri keledek
Tempoh penyediaan : 20min

1. Ambil sebiji ubi keledek brsaiz kecil,  buangkan kulit dan cuci bersih.
2. Potong keledek menjadi dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar keledek tersebut sehingga halus.
4. Jika perlu, tambahkan sedikit air masak semasa mengisar.

** ubi keledek mengandungi pelbagai jenis khasiat dan salah satu daripadanya ialah sebagai bahan pencegah barah.

Puri Brokoli
Tempoh penyediaan : 10min

1. Ambil 5 kuntum kecil brokoli dan bersihkan
2. Kemudian rebus ataupun kukus brokoli itu sehingga lembut.
3. Setelah lembut, kisar sehingga hancur.

**Brokoli dikatakan sebagai sayuran yang paling kaya dengan zat antioksidan.

Puri Kentang
Tempoh penyediaan : 20min

1. Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana, buang kulit dan cuci bersih.
2. Potong menjadi dadu dan rebus sehingga empuk.
3. Setelah empuk, kisar kentang tersebut sehingga halus.
4. Tambahkan sedikit air masak semasa mengisar untuk memudahkan proses mengisar.

** Ubi kentang mengandungi 2x ganda lebih kandungan potassium berbanding pisang.

Puri Bayam
Tempoh penyediaan : 10min

1. Ambil beberapa tangkai daun bayam, cuci bersih dan potong kecil.
2. Kemudian rebus sayur tersebut sehingga lembut.
3. Setelah lembut, kisar bayam sehingga halus.

** Sayur bayam kaya dengan sumber lutein dan bolate yang berfungsi untuk mencegah penyakit jantung.

Puri Epal
Tempoh penyediaan : 10min

1. Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit da cincang seoerti bentuk dadu.
2. Kemudian rebuskan bersama sedikit air.
3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
4. Selepas itu,  ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.

** Buah epal dipercayai mampu menguatkan organ hati.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang baru bergelar ibu dalam menyediakan makanan untuk si comel.




Wednesday, April 8, 2015

Makanan Pertama Si Manja

Teks: siti norliah hamzah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti harian, namun anak-anak adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Dalam tidak sedar anak ummi Muhammad Firash Abrisham Bin Mohamad telah genap 6 bulan.

Sudah tiba masanya untuk memikirkan pemakanan yang sihat untuk si manja ini. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa ingin yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak. Moga mereka dapat menjalani kehidupan mereka akan datang dengan lebih sempurna.

Pemakanan yang seimbang perlu untuk memenuhi keperluan fizikal dan mental anak yang semakin membesar. Namun, makanan tersebut mestilah makanan yang sesuai dengan usia.

Pelbagai sumber perlu ummi telaah untuk menjamin setiap hidangan si manja cukup khasiat. Sebelum itu, persediaan untuk menyediakan makanan juga perlu dititikberatkan. Ianya mestilah sentiasa berkeaadaan bersih demi kesihatan si manja.

Secara umumnya, bukan semua bayi dapat menerima perubahan dalam makanan mereka dengan mudah. Oleh itu, sebagai ibu kita perlu lakukannya secara perlahan-lahan supaya bayi akan rasa seronok bila tiba waktu makan.

Pada peringkat permulaan, makanan yang terbaik adalah puri dengan kuantiti yang sedikit. Lama-kelamaan, bila bayi sudah pandai menikmatinya, tambahkanlah kuantiti puri tersebut.

Adalah lebih baik jika kita dapat menyediakan sendiri puri untuk bayi kita berbanding dengan membelinya di pasaran. Ini kerana, setiap khasiat, kesegaran dan kebersihannya lebih terjamin.

Sedikit perkongsian tentang carta pemakanan yang boleh diberikan kepada anak kita.

Carta Menu Harian ( sebulan )

Minggu pertama
Awal pagi - susu
Sarapan - susu
Makan tengahari - bubur nasi dan susu
Minum petang - susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-2
Awal pagi - susu
Sarapan - susu
Makanan tengahari - puri epal/ lobak merah dan susu
Minum petang - susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-3
Awal pagi -susu
Sarapan - puri pisang dan susu
Makan tengahari - susu
Minum petang - puri lobak merah dan susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-4
Awal pagi - susu
Sarapan - puri epal dan susu
Makan tengahari - puri labu dan susu
Minum petang - puri keledek dan susu
Sebelum tidur - susu

Moga di lain entri dapat saya kongsikan cara menyediakannya dan dapat meneruskan perkongsian ilmu.