Wednesday, April 8, 2015

Makanan Pertama Si Manja

Teks: siti norliah hamzah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti harian, namun anak-anak adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Dalam tidak sedar anak ummi Muhammad Firash Abrisham Bin Mohamad telah genap 6 bulan.

Sudah tiba masanya untuk memikirkan pemakanan yang sihat untuk si manja ini. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa ingin yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak. Moga mereka dapat menjalani kehidupan mereka akan datang dengan lebih sempurna.

Pemakanan yang seimbang perlu untuk memenuhi keperluan fizikal dan mental anak yang semakin membesar. Namun, makanan tersebut mestilah makanan yang sesuai dengan usia.

Pelbagai sumber perlu ummi telaah untuk menjamin setiap hidangan si manja cukup khasiat. Sebelum itu, persediaan untuk menyediakan makanan juga perlu dititikberatkan. Ianya mestilah sentiasa berkeaadaan bersih demi kesihatan si manja.

Secara umumnya, bukan semua bayi dapat menerima perubahan dalam makanan mereka dengan mudah. Oleh itu, sebagai ibu kita perlu lakukannya secara perlahan-lahan supaya bayi akan rasa seronok bila tiba waktu makan.

Pada peringkat permulaan, makanan yang terbaik adalah puri dengan kuantiti yang sedikit. Lama-kelamaan, bila bayi sudah pandai menikmatinya, tambahkanlah kuantiti puri tersebut.

Adalah lebih baik jika kita dapat menyediakan sendiri puri untuk bayi kita berbanding dengan membelinya di pasaran. Ini kerana, setiap khasiat, kesegaran dan kebersihannya lebih terjamin.

Sedikit perkongsian tentang carta pemakanan yang boleh diberikan kepada anak kita.

Carta Menu Harian ( sebulan )

Minggu pertama
Awal pagi - susu
Sarapan - susu
Makan tengahari - bubur nasi dan susu
Minum petang - susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-2
Awal pagi - susu
Sarapan - susu
Makanan tengahari - puri epal/ lobak merah dan susu
Minum petang - susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-3
Awal pagi -susu
Sarapan - puri pisang dan susu
Makan tengahari - susu
Minum petang - puri lobak merah dan susu
Sebelum tidur - susu

Minggu ke-4
Awal pagi - susu
Sarapan - puri epal dan susu
Makan tengahari - puri labu dan susu
Minum petang - puri keledek dan susu
Sebelum tidur - susu

Moga di lain entri dapat saya kongsikan cara menyediakannya dan dapat meneruskan perkongsian ilmu.





No comments:

Post a Comment